BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

19 Februari 2011

Lelaki baik untuk Wanita baik

Soalan,
Seperti yang lazimnya saya ketahui,dan semua orang ketahui,bahawa seorang lelaki yang baik dipasangkan dengan yang baik,begitu juga perempuan,manakala lelaki yang jahat pula dipasangkan dengan perempuan yang jahat,begitu juga dengan perempuan yang jahat. Disini saya timbul sedikit keraguan mengenai perkahwinan tersebut, tidakkah lelaki atau perempuan yang jahat sudah insaf dan bertaubat mesti kawin dengan orang seperti mereka sebelum insaf dan bertaubat, tidak kah mereka akan berkahwin dengan orang yang baik supaya lebih dapat membimbing mereka ke jalan yang diredhai Allah?
Ingin tahu,





-----------------------------------------------------------------------------------------------















Jawapan,
Di dalam surah an-Nur ayat 26, Allah s.w.t. berfirman maksudnya: "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik….." (baca hingga ke akhir ayat) Ayat ini diturunkan bersempena dengan peristiwa "al-ifki", iaitu ketika Sayyidatina ‘Aisyah r.a. difitnah oleh puak-puak munafiq di Madinah telah melakukan perbuatan curang dengan seorang sahabat yang baik bernama Sofwan bin Mu’attol.
Allah s.w.t. mempertahankan kesucian ‘Aisyah r.a. dan menegaskan bahawa jika benarlah ‘Aisyah itu jahat, masakan dia dapat mendampingi seorang manusia paling suci seperti Muhammad s.a.w. dan amat disayangi pula oleh baginda? Pengajaran yang dapat diambil dari ayat ini ialah hubungan intim antara pasangan suami isteri itu hanya berlaku apabila wujud persamaan dari segi akhlak serta cara hidup. Orang yang mulia akhlaknya tidak akan bahagia di sisi orang yang jahat dan begitulah sebaliknya.
Ini tidak menafikan adanya jodoh antara dua insan yang berbeza matlamat serta cara hidupnya seperti Asiah dengan Fir’aun dan pasangan-pasangan lain yang dapat kita saksikan sepanjang sejarah manusia. Semua itu adalah ujian. Lagipun hati manusia ini sering berbolak balik. Hari ini baik, esok berubah, kemudian kembali baik semula. Allahu A’lam.
Prof Madya Mazanah bt Daud

0 comments: